04 January 2012

Hari Tak selalunya Cerah

assalamualaikum semua...

hari ni aku baca berita harian dimana seorang wanita tua yang lanjut usianya menghadapi kehidupan yang cukup susah aku rasakan. Aku tak dapat bayang kan bagaimanakah keperitan yang dirasai olehnya. Rumahnya sudah usang dan hanya menunggu masa untuk roboh sahaja. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang , itulah kehidupan mereka. Tak semua yang mereka nak akan dapat.

Apabila aku baca rencana macam tu terus aku comparekan diri aku dan diri diorang.

Hidup aku alhamdulillah, tapi hidup diorang sedih sangat

hidup aku penuh keriangan, hidup diorang biarpun susah namun diorang gembira

aku belajar di Universiti, Diorang meskipun cemerlang dalam pelajaran, tetapi keadaan keluarga
membuatkan mereka terpaksa berkerja untuk dapat duit.

aku dapat biasiswa, diorg terpaksa memerah keringat untuk bekerja dan menampung cukai kerajaan

aku suka bazirkan duit untuk hal-hal yang remeh, diorang terpaksa jimatkan duit semata-mata untuk makan dan keperluan harian

apa yang aku nak mak ayah aku beri, tapi diorang hanya menjadikan apa yang diorang nak sebagai harapan

biarpun aku pelajar universiti, tapi aku masih tidak boleh mengenal erti hidup yang sebenar. Dulu, Ammar selalu cakap, apa yang kita nak tak semestinya akan dapat. Terima lah apa yang kita dah ada, gunakan ia sebaik mungkin.

Aku terlalu boros, boros sangat. Cuti hari tue aku dapat habiskan duit aku sebanyak 700 dalam masa 2 hari. Nabila sedarlah, duit yang kau gunakan tue hanyalah untuk pelajaran. Gunalah sebaik mungkin. Hargailah ia. Bila aku baca rencana tue aru aku sedar siapa aku sebenarnya.

aku adalah seorang budak kampung, yang dibesarkan dikampung dan segala perit susah aku sewaktu di kampung di rasai bersama. Kami pernah berlapar. Kami pernah tak ada baju raya untuk hari raya dan untuk mendapatkan baju baru jauh sekali, Bila aku berfikir balik apakah permulaan sewaktu kitaowg susah sangatlah sayu, mak hanya masak apa yang ada, klau tak ada maka tak makanlah, faveretku gulai ketam. Nak makan ketam dulu2 sangatlah payah.

Ya Allah, bantu hambamu ya Allah, aku tak nak kau cairkan aku dengan dunia ya Allah, Berilah peringatan kepadaku ya Allah, Agar aku dapat merasa kasih sayang mu Ya Allah, Jangan sekali kau lupa padaku Ya Allah, sesungguhnya aku amat memerlukan kau, Tanpa kau dalam hatiku, aku akan menjadi hamba yang cukup berdosa malah manusia yang tak berbakti pada mak n abah, Ya Allah aku sangat sayangkan mak dan abahku ya Allah, Janganlah disebabkan oleh dosa-dosaku yang telah aku lakukan selama ini, mereka terpaksa masuk neraka mu Ya Allah, aku terlalu sayangkan mereka. Aku tahu dosa ku bergunung ya Allah, tetapi janganlah sesekali kau libatkan mereka ya Allah. Ya Allah, bantulah aku ya Allah sesungguhnya hambamu sangat memerlukan bantuan dari padamu...AMiin

No comments:

Post a Comment

Thanks For The comment :)