03 January 2012

Welcome 2012..Bubbye 2011

assalamualikum semua

 Selamat Tahun baru aku ucapkan kepada semua rakan-rakanku yang berada nun jauh di sana. Dengan kedatangan tahun 2012 meninggalkan 2011 pasti semua mempunyai azam yang ingin dicapai.
Sebelum kita memikirkan apa yang ingin kita capai, perlulah kita memikirkan adakah azam kita yang lepas sudah capai.

Seperti aku manusia biasa juga mempunyai azam. Azam aku tahun lepas adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, berbakti kepada mak ayah, dean `s list, dan mengajar adik aku sewaktu nk SPM, dan menaikkan berat badan yang susut.

Alhamdulillah, aku mencapai target apa yang aku harapkan, cuma satu sahaja yang aku belum capai. My WEIGHT. Lebih daripada benda yang perlu makan aku makan, tapi entahlah aku tak nampak apa pun dimana berat badan aku maintain 41..huhu.. dan akhirnya cita-cita aku untuk  mendermakan darah berakhir macam tu sahaja.sedihnye...

Matlamat aku pada tahun 2012 adalah
1. Mendekatkan diri kepada ALLAH
2. Solat Awal Waktu
3. Setiap Hari baca 5 muka surat Al-quran
4. Selalu mendengar ceramah untuk bekalan ilmu akhirat
5. Mendengar cakap ibu bapa
6. Dean `s List (4.0)
7. skipping hari-hari

rasanya tue sahaja kot ye la.. x tau dah nak buat azam apa nanti tak tertunai plak..

klah everyone, mate saye dah ngantok tdor dulu k..nite..

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thanks For The comment :)