14 December 2012

Biar susah, asal jangan di gelar peminta

Assalamualaikum, hari ini hari jumaat, hari yang cukup indah. tp hatiku x seindah hari nie, mungkin sbb dah terlalu rindukan mak. Tu yang emosi tah pa pe. Mesti korang sedih kan kalo orang cakap macam nie kat korang " Nak makan nk suruh orang belanja la tu, pandai an", hati sapa tak sedih kalo ada orang cakap macam tue sedangkan aq tak pernah minta nak di belanja. Meminta bukanla satu perkara yang sangat sinonim dengan diri aq. Entah la korang, aku rasa tersinggung sangat-sangat dengan perkataan tu, aq tahu la sekarang ni aq tengah susah, nk makan pun kena berjimat cermat, nk beli apa pun kena berfikir dahulu, adakah ianya satu keperluan ke atau tak. Tapi perluke kalo kita bercakap sampai macam tu. Duit JPA memang tak masuk lagi, tapi aku tahu jaga diri sendiri, walaupun susah macam mana pun x ada duit, aku x kan minta dekat orang sebab tu memang prinsip diriku sajak dulu. Biarla aq solve masalah duit ni sendiri.

Malam nie ada majlis bacaan Yassin pukol 8.30 malam, dan untuk pengetahuan korang aku tak beli pun makanan dekat kafe sebab aku bajet cukup2 je. Alhamdulillah hari nie pihak uitm pulau pinang kolej delima nak beri makanan free. Aku x kisah dia makanan apa sekalipun, asalkan dia cukup untuk mengalas perutku yang lapar pun dah cukup.

Ni bukanla kali pertama aku hidup susah, aku di lahirkan dalam keadaan keluarga yang susah, sewaktu kecil dulu memang mak aku mendidik aku supaya kalau satu hari kita susah, kita janganla pernah merungut. Ingat lagi sewaktu aku berumur 5 tahun. Aku lihat semua sepupuku dapat beraya bersama baju baru sedangkan aku melihat baju rayaku memang sudah lusuh dan ada juga baju raya yang orang bagi. Cuba korang bayangkan betapa susahnya diriku dahulu. Tapi mak aku tak pernah pun nak meminta daripada orang lain especially daripada abang n kakaknya. Dia tak nak sebab kami susah dan selalu meminta pertolongan orang berumpama duit mungkin akan merenggangkan pertalian silaturrahim dan mungkin ada benda yang perlu mereka beli.

Semua orang tak suka untuk meminta, bahkan seandainya korung bertanya kepada peminta sedekah pun soalan seumpama ini " suka ke minta sedekah" mereka mesti akan menjawab ia sesuatu yang memalukan. Bukankah tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.

Sekarang nie aku memang tengah susah, duit dalam bank pun ada berapa ringgit je. Tapi aku yakin dengan pertolongan Allah. Allah x kan biarkan hamba yang dia sayang, bersedih hati, Pertolongan Allah tu mesti ada, Mungkin Allah tak tolong melalui duit tapi Allah akan tolong mengikut keperluan kita. Tunggu jew.

" ALLAH TAK KAN BERI KITA KEHENDAK KITA, TETAPI ALLAH AKAN BERI KITA KEPERLUAN DALAM HIDUP KITA"

Mungkin itulah coretanku buat kali nie, aku hanya memohon agar diri nie di tabahkan agar dapat mengharungi dugaan ini dengan tenang. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Thanks For The comment :)