02 November 2014

sunyi!!

Assalamualaikum semua, apa khabar?? hari ni baru ada hati nak menulis setelah sekian lama menyendiri. biasa nya aku akan tulis cerita yang menggembirakan tapi hari ini aku akan tulis perasaaan yang sedang aku rasa sekarang..

"sesungguhnya ingin aku hilangkan perasaan ini jauh dari rasa ini, tapi aku tak mampu, aku hanyalah manusia biasa yang sedang di uji oleh tuhan"

hari ini aku nak bercakap mengenai CINTA..

whats cinta means to you??

For me cinta adalah perasaan kasih sayang yang kita beri kepada seseorang dan kita sanggup berkorban apa sahaja untuknya.

cinta padamulanya bagi aku sangat indah, selalu bersama, semua nya terasa sangat indah. tapi setelah cinta itu di uji, ia kembali sangat pahit. Ujian adalah sesuatu yang telah Allah tetapkan untuk seseorang indivivu dan Allah akan menguji seseorang mengikut ketahanan kita.

berilah apa pada diri ku, In sya Allah aku kuat untuk menghadapinya, tapi sekiranya ia beri ujian mengenai cinta, jujur aku kata kan aku tak kuat. aku tak kuat menghadapi ujian sebegini. sedihnya ati, peritnya jiwa raga ni. sesunggunya aku tak sanggup Ya Allah, beri kan aku kekuatan untuk tempuhi dugaan ini.

Bila dulu kita dilamun cinta semuanya indah, tapi bila orang yang kita sayang pergi perlahan lahan dari hidup kita semuanya terasa sangat sedih dan sunyi. Kita akan merasa perit nya cinta ini.
dan aku merasakannya sekarang buat kali ke tiga. Peritnya rasa hati ni. perit sangat ya Allah ibarat ada sembilu yang menusuk nusuk dalam kalbu ni. tapi aku hanya mampu bertahan. Kadang-kadang aku lemah, aku nangis sekuat hati, sewaktu semua orang tiada di sisi. dengan cara tu sahaja aku dapat melepaskannya. Tapi perasaan tu datang kembali dan aku kena kuat.

Aku kena kuat untuk family aku, aku tak nak semua orang tahu yang aku ada masalah sekarang.  Ketika aku sibuk dengan rakan-rakan aku boleh sembunyikan perasaan tu, tapi sekiranya aku bersendirian aku tak mampu nak sembunyikannya,

sekarang ini aku perlahan-lahan adapt dalam diriku bahawa aku tak perlukannya. Meskipun ianya perit, tapi aku akan tetap cuba. Doakan aku berjaya.

No comments:

Post a Comment

Thanks For The comment :)